Perangai Salahuddin
Siapa yang rapat dengannya mengatakan ia
adalah seorang Islam yang taat kepada Allah, sangat peka kepada keadilan,
pemurah, lembut hati, sabar dan tekun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama
Salahuddin telah mencatatkan ia telah memberikan masa untuk rakyat dua kali
seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Pada masa ini ia disertai oleh
pembesarpembesar negara, ulama dan kadi. Semua orang boleh berjumpa dengannya.
Ia sendiri akan membacakan aduan yang diterimanya dan mengucapkan untuk
dituliskan oleh juru tulis tindakan yang perlu diambil dan terus
ditandatanganinya pada masa itu juga. Ia tidak pernah membenarkan orang meninggalkannya selagi ia belum
menyempurnakan hajat orang itu. Dalam masa yang sama ia sentiasa bertasbih
kepada Allah.
Jika ada orang membuat aduan, ia akan
mendegarkan dengan teliti dan kemudian memberikan keputusannya. Sauatu hari
seorang lelaki telah membuat aduan berkenaan Taqiuddin, anak saudaranya
sendiri. Dengan segera ia memanggil anak saudaranya itu dan meminta
penjelasan. Dalam ketika yang lain ada orang yang membuat tuduhan kepada
Salahuddin sendiri. Yang memerlukan penyiasatan. Walaupun tuduhan orang itu
didapati tidak berasas, ia telah menghadiahkan orang itu sehelai jubah dan
beberapa pemberian yang lain.
Ia adalah seorang yang mulia dan baik
hati, lemah lembut, penyabar dan sangat benci kepada ketidak adilan. Ia
sentiasa mengabaikan kesilapankesilapan pembantu-pembantu dan khadam-khadamnya.
Jika mereka melakukan kesilapan yang memanaskan hatinya, ia tidak pernah
menyebabkan kemarahannya menjatuhkan air muka mereka. Pada suatu ketika ia
pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan
kepadanya. Ia meminta sehingga lima kali lalu berkata, "Aku hampir
mati kehausan". Ia kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa
menunjukkan kemarahan.
Dalam ketika yang lain ia hendak mandi
selepas mengalami sakit yang agak lama. Didapatinya air yang disediakan agak
panas, lalu ia meminta air sejuk. Sebanyak dua kali khadamnya menyebabkan air
sejuk terpercik kepadanya. Disebabkan ia belum benar-benar sihat, ia
merasa kesejukan tetapi ia hanya berkata kepada khadamnya, "Katakan
sajalah kalau kau tak suka kepadaku". Lalu khadam itu cepat-cepat minta
maaf dan Salahuddin terus memaafkannya.
Bahauddin juga telah mencatatkan beberapa
peristiwa yang menunjukkan sifat pemurah dan baik hati Salahuddin.
Kadang-kadang kawasan yang baru ditawannya pun diberikannya kepada pengikutnya.
Satu ketika ia telah berjaya menawan bandar 'Amad. Lalu seorang perwira
tentera, Qurrah Arslan, menyatakan keinginannya untuk memerintah bandar itu.
Dengan senang hati ia memberikannya. Bahkan dalam beberapa ketika ia
menjualkan hartanya semata-mata untuk membeli hadiah. Melihat betapa pemurahnya
Salahuddin, bendaharinya selalu merahsiakan baki wang simpanan untuk digunakan
semasa kecemasan.
Jika ia tahu, ia akan menyedekahkan
khazanah negara sehingga habis. Salahuddin pernah mengatakan ada orang baginya
wang dan debu sama sahaja. "Aku tahu", kata Bahauddin, "Ia
mengatakan dirinya". Salahuddin tidak pernah membiarkan tetamunya meninggalkannya
tanpa hadiah atau sebarang bentuk pemberian tanda penghargaan, walaupun tamunya
itu seorang kafir. Raja Saida pernah melawat Salahuddin dan ia menyambutnya
dengan tangat terbuka, melayannya dengan hormat dan mengambil kesempatan menerangkan
Islam. Bahkan Salahuddin sentiasa mengirimkan air dan buah-buahan kepada
Richard the Lion, musuh ketatnya, ketika Raja inggeris itu
sakit.
Hatinya memang sangat lembut hingga ia
sangat mudah terkesan apabila melihat orang dalam kesusahan dan kesedihan.
Suatu hari seorang perempuan Kristian datang mengadu kehilangan bayinya.
Perempuan itu menangis dan meraung di depan Salahuddin sambil
menceritakan bayinya dicuri dari khemahnya. Perempuan itu seterusnya mengatakan
ia telah dimaklumkan hanya Salahuddin sahaja yang boleh mendapatkan bayi itu
kembali. Hatinya tersentuh mendengar cerita perempuan itu lalu iapun turut
menangis. Ia segera memerintahkan pegawai-pegawainya mencari bayi itu di pasar
hamba-sahaya. Tidak lama kemudian bayi itu telah dapat dibawa kembali
lalu dengan rasa gembira mendoakan kesejahteraan Salahuddin.
Bahauddin juga mencatatkan Salahuddin
sangat kasihan belas kepada anakanak yatim. Bila ia terjumpa anak-anak yatim ia
akan menguruskan supaya ada orang menjadi penjaga anak itu. Kadang-kadang ia
sendiri yang akan menjaga dan membesarkan anak yatim yang ditemuinya. Ia juga
sangat kasihan melihat orang tua atau yang kurang upaya dan akan memberikan
penjagaan yang khas kepada mereka apabila ia bertemu dengan orang
sedemikian.
Kesungguhan dan Semangat
Ketika mengepung bandar Acre, Bahauddin
mencatatkan bahawa Salahuddin mengidap sakit berat yang menyebabkan beliau
sangat susah untuk bangun. Meskipun demikian, ia keluar menunggang kudanya
untuk memeriksa angkatan tenteranya. Bahauddin bertanya kepadanya bagaimana ia
boleh menahan sakitnya. Maka Salahuddin menjawab, "Penyakit akan
meninggalkanku apabila kamu menunggang kuda".
Dalam ketika yang lain ia sebenarnya dalam
keadaan yang lemah akibat sakit tetapi pergi memburu musuh sepanjang malam.
"Apabila ia sakit", kata Bahauddin, Aku dan doktor akan bersamanya
sepanjang malam. Ia tidak dapat tidur akibat menahan sakit, tetapi
apabila pagi menjelang, ia akan menunggang kuda untuk melawan musuh. Ia
menghantar anak-anaknya ke medan perang sebelum memerintahkan orang lain
berbuat demikian. Aku dan doktornya bersamanya sepanjang hari menunggang kuda
sehinggalah musuh berundur apabila senja menjelang. Ia hanya akan kembali ke
khemah selepas memberikan arahan untuk kawalan keselamatan pada waktu
malam".
Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan
rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin. Kadang-kadang ia sediri
pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali
bahkan dua kali sehari. Ketika berperang ia sendiri akan pergi merempun
celah-celah tentera musuh yang sedang mara. Ia sentiasa mengadakan pemeriksaan
ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima
tenteranya. Bahauddin ada mencatatkan satu kisah yang menunjukkan betama
beraninya Salahuddin. Salahuddin diberitahu bahawa ia selalu mendengar
bacaan hadis pada masa lapang bukannya ketika perang. Apabila mendengar
perakara ini ia segera mengarahkan supaya hadis-hadis dibacakan kepadanya
ketika peperangan sedang berkecamuk dengan sengitnya.
Salahuddin tidak pernah gentar dengan
ramainya tentera Salib yang datang untuk menentangnya. Dalam bebeerapa ketika,
tentera Salib berjumah sehingga 600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya
dengan tentera yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolongan Allah ia
menang, membunuh ramai musuh dan membawa ramai tawanan. Ketika mengepung Acre,
pada satu petang lebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat
mendarat pada satu petang.
Boleh dikatakan semua orang merasa gentar
kecuali Salahuddin. Dalam satu peperangan yang sengit semasa
kepungan ini, serangan mendadak besarbesaran dari musuh telah menyebabkan
tentera Islam kalang kabut. Tentera musuh telah merempuh khemah-khemat tentera
Islam bahkan telah sampai ke khamah Salahuddin dan mencabut benderanya. Tetapi
Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya
kembali sehingga ia berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan. Musuh
telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih kurang 7,000 mayatmayat.
Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya
cita-cita Salahuddin. Suatu hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, "Aku
hendak beri tahu padamu apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan
seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah
kekuasaanku ini kepada anak-anakku, kuberikan arahan-arahanku yang
terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk
menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah. Aku tak akan meletakkan senjata ku
selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi atau jika ajalku
sampai.
Salahuddin Sebagai Ulama
Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama
yang kukuh. Ia juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat mereka.
Bahkan ia mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun ia sebenarnya orang Kurd.
Ia sangat gemar mengumpulkan pengetahuan dan maklumat dari kawankawannya
dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru
negerinya. Di samping Qur'an ia juga banyak menghafal syairsyair Arab.
Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa
Salahuddin berpengetahuan yang dalam dan gemar untuk mendalami lagi
bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawi-perawinya,
syariah dan usul figh dan juga tafsir Qur'an.
Rujukan : Bahauddin bin Shaddad.
1234M,632H. Al-Nawadir-I-Sultania: Sirat Salahuddin (Bin Nawadir-I-Sultania).
Mesir (diterbitkan 1317h):31,32-33, 7,155 Poole S. L. 1914. Saladin. New
York: 72, 99.
Note : Salahuddin adalah yang
menghidupkan Mawlid Nabi Muhammad saw, hingga tentara islam terus
berjaya.