Salahuddin
yang Wara'
Bahauddin
bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewarakan
Salahuddin. Satu hari ia berkata bahawa ia telah lama tidak pergi sembahyang
berjemaah. Ia memang suka sembahyang
berjemaah, bahkan ketika sakitnya ia akan memaksa dirinya berdiri di
belakang imam. Disebabkan sembahyang adalah ibadah utama yang diasaskan
oleh Rasulullah saw, ia sentiasa
mengerjakan sembahyang sunnat malam. Jika disebabkan hal tertentu ia tidak
dapat sembahyang mala, ia akan menunaikannya ketika hampir subuh. Bahauddin
melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga
terakhir di mana ia telah tersangat lemah dan selalu pingsan.
Tetapi ia
tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Ia tidak pernah membayar zakat kerana
ia tidak mempunyai harta yang cukup
nisab. Ia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada
fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya ia hanya
memiliki 47 dirham wang perak dan satu dinar wang emas. Ia tidak meninggalkan
harta.
Bahauddin
juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan
kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun
ia berpuasa sehinggalah doktor menasihat kannya dengan keras supaya berbuka.
Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, "Aku tak tahu bila
ajal akan menemuiku". Maka segera ia membayar fidyah.
Dalam
catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji
ke Mekah tetapi ia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kewatannya,
keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi
tetapi ditakdirkan. Ia sangat gemar mendengar bacaan Qur'an. Dalam medan
peperangan ia acap kali duduk mendegar bacaan Qur'an para pengawal yang
dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzu' semalam. Ia mendengar dengan sepenuh hati
dan perhatian sehingga air matanya membasahi dagunya.
Ia juga
gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Ia akan memerintahkan orang-orang
yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke
bandar, ia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang ia sendiri membacakan
hadis dengan mata yang berlinang. Dalam peperangan kadang-kadang ia berhenti di
antara musuhmusuh yang datang untuk mendengarkan hadis-hadis dibacakan
kepadanya.
Salahuddin
sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Ia biasa meletakkan segala harapan nya kepada Allah
terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika ia berada di Jerusalem yang
pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi dari pada kepungan tentera
bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak ia enggan untuk meninggalkan
kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahaauddin
mencatatkan, "Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Ia menghabis
kan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat.
Pada
tengah malam saya minta supaya ia berehat tetapi jawanya, "Ku fikir kau
mengantuk. Pergilah tidur sejenak". Bila hampis subuh akupun bangun dan
pergi mendapatkannya. Aku dapati ia
sedang membasuh tangannya. "Aku tidak tidur semalam" katanya. Selepas
sembahyang subuh aku berkata kepadanya, "Kau kena munajat kepada Allah
memohon pertolongan-Nya". Lalu ia bertanya, "Apa yang perlu ku
lakukan?"
Aku
menjawab, Hari ini hari Jumaat. Engkau mandilah sebelum pergi ke masjid Aqsa.
Keluarkanlah infaq dengan senyap-senyap. Apabila kau tiba di masjid, sembahyanglah
dua rakaat selepas azan di tempat
Rasulullah saw pernah sembahyang sebelum mi'raj dahulu. Aku pernah
membaca hadis doa yang dibuat di tempat itu adalah mustajab. Oleh itu kau
bermunajad-lah kepada Allah dengan ucapan "Ya Tuhanku, aku telah kehabisan
segala bekalanku. Kini aku mohon pertolongan-Mu. Aku menyerahkan diriku
kepada-Mu. Aku yakin hanya Engkau sahaja
yang boleh menolongku dalam keadaan yang
genting ini."
Aku
mengatakan kepadanya, "Aku sangat berharap Allah akan mengkabulkan
doamu". Lalu Salahuddin melakukan apa yang ku usulkan. Aku berada di
sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke
tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat
tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan berlaku di antara musuh-musuh yang
menatijahkan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya mereka
membuka khemah-khemah mereka dan berangkat ke Ramla pada hari Isnin pagi"