Menawan
Baitul Muqaddis
Kemenangan
peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan
Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat
berhajat untuk menawan baitul Muqaddis
hinggakan
bukitpun akan mengecut dari bebanan yang dibawa di dalam hatinya. Pada hari
jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra' Mi'raj, Salahuddin telah memasuki banda suci tempat
Rasulullah saw. naik ke langit.
Dalam
catatan Bahauddin ia menyatakan inilah kemengan atas kemengang. Ramai orang
yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa
datang merayakan gembira kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan
hampir semua ulamaulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah
kepada Salahuddin. Boleh dikatakan
hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan "Allahhu Akbar" dan
"Tiada tuhan melainkan Allah" telah memenuhi langit.
Selepas
90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddid. Salib yang terpampang di 'Dome of
Rock' telah diturunkan. Betapa hebatnya
peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa
hebatnya hari itu.
Salahuddin
yang Penyayang
Sifat
penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh
berbeda daripada kekejaman musuh Kristiannya. Ahli sejarah Kristian pun
mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada
membalas dendam. Ia telah menuliskan yang Salahuddin telah menunjukkan
ketiggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya
sangat bertanggung jawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala
bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian diperlakukan
tidak baik. Semua jalan keluar-masuk ke Baitul Muqaddis di tangannya dan
seorang yang amanah telah dilantik di pintu Nabi Daud untuk menerima wang
tebusan daripada orang-orang Kristian yang ditawan. Lane-Poole juga telah
menuliskan bahawa Salahuddin telah mengatakan kepada pegawainya, "Adikku telah membuat infak, Padri besar
pun telah benderma. Sekarang giliranku pula". Lalu ia memerintahkan
pegawainya mewartakan di jalanjalan Jerusalem bahawa sesiapa yang tidak mampu membayar tebusan boleh dibebaskan. Maka
berbondong-bondonglah orang keluar dari pintu St. Lazarus dari pagi hingga ke
malam. Ini merupakan sedekah Salahuddin kepada orang miskin tanpa menghitung
bilangan mereka. Selanjutnya LanePoole
menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitul
Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa
ketika Godfrey dan Tancred menunggang
kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu 'tersumbat' dengan mayat-mayat,
orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak
dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yang mengalir dari
pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencermarkan kesucian
gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan. Maka sangat bernasip
baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan baik oleh
Salahuddin.
Lane-Poole
juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah
cukup membuktikan dialah seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati
di zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman.
Perang
Salib Ketiga
Perang
Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepada orang-orang Kristian pada tahun 1099
(490H) manakala yang kedua telah dimenangi oleh Salahuddin dalam peperangan
Hittin pada tahun 583H (1187M) di mana
beberapa hari kemudian ia telah menawan Baitul Muqaddis tanpa
perlawanan. Kekalahan tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh dunia
Kristian. Maka bantuan dari Eropah telah dicurahkan ke bumi Palestin. Hampir
semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa
raja Jerman, Richard The Lion raja England, Philips Augustus raja Perancis,
Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders telah bersekutu
menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa pembesar nya dan saudara
maranya serta tentaranya untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat
pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang
besar itu.
Peperangan
ini berlanjutan selama 5 tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak menjadi
lesu dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk memuat perjanjian di
Ramla pada tahun 588H. Perjanjian ini
mengakui Salahuddin adalah pengusa Palestin seluruhnya kecuali bandar
Acra diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah
peperangan Salib ketiga.
Lane-Poole
telah mencatatkan perjanjian ini sebagai berakhirnya Perang Suci yang telah berlajutan selama 5 tahun. Sebelum
kemenangan besar Hittin pada bulan Julai, 1187 M, tiada satu inci pun tanah
Palestin di dalam tangan orang-orang Islam. Selepas Perjanjian Ramla
pada bulan September, 1192 M,
keseluruhanya menjadi milik mereka kecuali satu jalur kecil dari Tyre ke
Jaffa. Salahuddin tidak ada rasa malu apapun dengan perjanjian ini walaupun
sebahagian kecil tanah Palestin masih di tangan orang-orang Kristian.
Atas
seruan Pope, seluruh dunia Kristian telah
mengangkat senjata. Raja England,
Perancis, Sicily dan Austria serta Duke of Burgundy, Count of Flanders dan
beratus-ratus lagi pembesar-pembesar telah bersekutu membantu Raja dan Putra
Mahkota Palestin untuk mengembalikan kerajaan Jerusalem kepada pemerintahan
Kristian. Walau bagaimanapun ada raja yang mati dan ada yang balik dan
sebahagian pembesar-pembesar Kristian telah terkubur di Tanah Suci itu, tetapi
Tanah Suci itu masih di dalam tangan Salahuddin.
Selanjutnya
Lane-Poole mencatatkan, seluruh kekuatan dunia Kritian yang telah ditumpukan
dalam peperangan Salib ketiga tidak mengoyangkan kekuatan Salahuddin.
Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperanganyang
menyusahkan itu tetapi mereka tidak pernah undur apabila diseru untuk
menjualkan jiwa raga mereka di jalan Tuhan. Tenteranya yang berada jauh di
lembah Tigirs di Iraq mengeluh dengan tugas yang tidak henti-henti, tetapi ketaatan meraka yang
tidak pernah berbelah bagi.
Bahkan
dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosil (sebuah tempat di Iraq) telah
menunjukkan ketangkasan yang hebat. Dalam peperangan ini, Salahuddin memang
boleh memberikan kepercayaan kepada tentratenteranya dari Mesir, Mesopotamia,
Syria, Kurds, Turkmans, tanah Arab dan bahkan orang-orang Islam dari mana-mana
sahaja. Walaupun mereka berlainan bangsa dan
kaum tetapi Salahuddin telah dapat menyatukan mereka di atas jalan Tuhan
dari pada mula peperangan pada tahun 1187 hinggalah berakhirnya pada tahun
1192.
Lane-Poole
juga menuliskan dalam peperangan ini Salahuddin sentiasa syura. Ia mempunyai
majlis syura (musyawarah) yang membuat keputusankeputusan ketenteraan.
Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis
ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih
mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada
adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya,
pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan
setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat
keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau
apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan
ketaatan mereka kepada Salahuddin.
Wafatnya
Salahuddin
Pada hari
Rabu, 27 Saf
ar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah selepas berhempas
pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad,
penasihat utama Salahuddin telah menulis
mengenai hari-hari terakhir Salahuddin. Pada malam 27 Safar, 12 hari
selepas ia jatuh sakit, ia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja'afar seorang
yang wara' telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya jika ia nazak,
bacaan Qur'an dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya.
Memang
pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh
Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan
Qur'an. Dalam masa ini Salahuddin selalu pingsan dan sedar sebentar. Apabila
Syeikh Au Jaafar membacakan ayat, "Dialah Allah, tiada tuhan melainkan
Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata" (Al-Hasyr: 22), Salahuddin
membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia
berkata, "Memang benar". Selepas ia mengucapkan kata-kata itu rohnya
pun kembali ke rahmatullah. Masa ini
ialah sebelum subuh, 27 Safar.
Seterusnya
Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar
dan 47 dirham ketika ia wafat. Tiada rumah-rumah,barang-barang,
tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang
ditinggalkannya tidak cukup untuk ongkos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa
meminjam uang untuk menanggung ongkos pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun
diberikan oleh seorang menterinya.