Salahuddin
dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurd biasa. Pendidikannya juga seperti
orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan
mempertahankan diri. Tiada seorangpun yang menyangka sebelum ia menguasai Mesir
dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas
kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada
siapa yang menyangka pencapaiannya
demikian hebat sehingga menjadi contoh dan
perangsang memerangi kekufuranhingga ke hari ini.
Stanley
Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak
seorang governor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak
menunjukkan satupun tanda-tanda ia akan menjadi
orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang
mulia.
Walau
bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada
zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalanjalannya untuk menjadi
pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera AlMalik Nuruddin, sultan Aleppo,
ia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh
sebuah kerajaan Syi'ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin
Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat
dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat
pembunuhan (Bahauddin, 1234).
Tetapi
itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah, "Boleh jadi
kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu
menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216). Pertukaran Hidup Salahuddin al Ayubi
Ketika
Salahuddin menguasai Mesir, ia tiba-tiba berubah. Ia yakin bahawa Allah telah
mempertanggung jawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat yang tak mungkin
dapat dilaksanakan jika ia tidak
bersungguhsungguh. Bahauddin telah menuliskan dalam catatannya bahwa
Salahuddin sebaik-baik sahaja ia menjadi pemerintah Mesir. Dunia dan
kesenangannya telah lenyap dari
pandangan matanya. Dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah ia telah
menolak godaan-godaan dunia dan segala
kesenangannya (Bahauddin,1234).
Bahkan
Stanley Lane Poole(1914) telah menuliskan bahwa Salahuddin mengubah cara
hidupnya kepada yang lebih keras. Ia bertambah wara' dan menjalani hidup yang
lebih berdisiplin dan sederhana. Ia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup
"Spartan" yang menjadi contoh kepada tenteranya. Ia menumpukan
seluruh tenaganya untuk satu tujuan
yaitu
untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir dari
tanah air Islam.
Salahuddin
pernah berkata, "Ketika Allah menganugerah kan aku bumi Mesir, aku yakin
Dia juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan ia memenangkan perjuangan
Islam. Sehubungan dengan ia telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad.
Semangat
Jihadnya
Fikiran
Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin telah mencatatkan bahwa semangat Salahuddin
yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan
jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Ia sentiasa
meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahidmujahid dan senjata untuk tujuan
berjihad.
Jika ada
sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad ia akan memberikan sepenuh
perhatian. Sehubungan dengan ini ia
lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak
keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat
kepercayaannya. Siapa sahaja yang memerhatikannya akan dapat melihat apabila
ia telah memulakan jihat melawan tentera
salib ia akan menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya.
Dalam
medan peperangan ia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal
akibat dibunuh oleh tangan jahat. Ia akan bergerak dari satu hujung medan
peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di
jalan Allah semata-mata. Ia juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan
mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
Ketika ia
mengepung Acre ia hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya
tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap
makanan semenjak hari Jumaat hingga senin kerena ia tidak mahu perhatiannya
kepada peperangan terganggu. (Bahauddin, 1234).
Peperangan
Hittin
Satu siri
peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddin dengan tentera
Salib di kawasan Tiberias di kaki bukit Hittin. Akhirnya pada 24 Rabiul-Akhir,
583 H, tentera Salib telah kalah. Dalam peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat
di tawan beserta adiknya Reginald dari Chatillon. Pembesar-pembesar lain yang
dapat ditawan ialah Joscelin dari Courtenay,
Humphrey dari Toron dan beberapa orang
ternama yang lain. Ramai juga tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah
tertawan. Stanley Lane-Poole menceritakan bahwa dapat dilihat seorang tentera
Islam telah membawa 30 orang tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat
dengan tali khemah.
Mayat-mayat
tentera Kristian bertimbun-timbun seperti batu di atas batu di antara salib-salib yang patah, potongan
tangan dan kaki dan kepala-kepala
manusia berguling seperti buah tembikai. Dianggarkan 30,000 tentera
Kristian telah mati dalam peperangan ini. Setahun selepas peperangan, timbunan
tulang dapat dilihat memutih dari jauh.
Kecintaan
Salahuddin kepada Islam
Peperangan
Hittin telah menyerahkan kecintaan Salahuddin kepada Islam. Stanley Lane-Poole
menulis bahawa Salahuddin berkhemah di medan peperangan semasa peperanggan
Hittin. Pada satu ketika setelah
khemahnya didirikan diperintahkannya tawanan perang dibawa ke
hadapannya. Maka dibawalah Raja Palestin dan Reginald dari Chatillon masuk ke
khemahnya. Dipersilakan sang Raja duduk
di dekatnya.
Kemudian
ia bangun pergi ke hadapan Reginald lalu berkata, "Dua kali aku telah
bersumpah untuk membunuhnya. Pertama ketika ia bersumpah akan melanggar dua
kota suci dan kedua ketika ia menyerang jamaah haji. Ketahuilah aku akan
menuntut bela Muhammad saw atasnya". Lalu ia menghunuskan pedangnya dan
memenggal kepala Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar oleh pengawal dari
khemah.
Raja
Palestin apabila melihat adiknya dipancung, ia mengeletar kerana menyangka
gilirannya akan tiba. Tetapi Salahuddin menjamin tidak akan mengapa-apakannya
sambil berkata, "Bukanlah kelaziman seorang raja membunuh raja yang lain,
tetapi orang itu telah melanggar segala batasbatas, jadi terjadilah apa yang telah
terjadi".
Tindakan
Salahuddin adalah disebabkan kebiadaban Reginald kepada Islam dan Nabi Muhammad
saw. Bahauddin bin Shaddad, penasihat kepercayaan Salahuddin mencatatkan bila jamaah haji dari
Palestin diserang dicederakan tanpa belas kasihan oleh Reginald, di antara
tawanannya merayu supaya mereka dikasihani. Tetapi Reginald dengan angkuhnya
mengatakan, "Mintalah kepada Nabi kamu, Muhammad, untuk menyelematkan
kamu". Ketika ia mendengar berita ini ia telah berjanji akan membunuh Reginald
dengan tangannya sendiri apabila ia
dapat menangkapnya.
***
(Petikan dari Abul Hassan Ali Nadwai “Saviors of Islamic Spirit” )